'Amyza ibu yang tabah, tak tunjuk apa yang dihadapi depan rakan' - Azhan Rani

Iklan
Azhan dan Amyza di set penggambaran.

PUTRAJAYA - Pelakon, Azhan Rani menzahirkan simpati terhadap rakan seperjuangannya, Amyza Aznan atas kematian anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada malam Isnin.

Menerusi hantaran di laman sosial, Azhan menyifatkan Amyza seorang ibu yang tabah dan tidak menunjukkan apa yang dihadapinya di hadapan rakan- rakan.

Iklan
Iklan

"Daripada kita 'shooting' bersama lagi baru-baru ini ni aku tau kau banyak simpan macam-macam yang kau tidak mahu tunjukkan pada orang lain.

"Di sebalik gurau gelak kau yang macam tidak ada apa- apa (berlaku). Kau dah buat yang terbaik untuk dia. Selebihnya ALLAH SWT yang punya kuasa," katanya.

Iklan

Azhan, 50, yang kini berada di Sarawak turut memohon maaf kepada Amyza kerana tidak dapat menziarahi pelakon tersebut ketika ini kerana masih dalam set penggambaran.

"Apa pun aku cuma doakan saat ini ALLAH SWT peluk kau, anak- anak dan seluruh ahli keluarga kau.

Iklan

"Semoga juga ALLAH SWT sediakan tempat terbaik untuk Andre Mikhail bersama orang- orang yang beriman. Syurgalah tempatnya, insya-ALLAH," jelas beliau.

Terdahulu, Amyza mengumumkan anak sulungnya Andre Mikhail Khairil Idzhar, 20 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur selepas setahun disahkan kanser paru-paru tahap tiga.

Amyza juga turut diuji anak keduanya, Adrian Adam,18, pula disahkan menghidap kanser tulang baru- baru ini.