Exco Terengganu didakwa di Mahkamah Sesyen Terengganu hari ini

Iklan
Exco Terengganu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan ahli keluarganya.

​KUALA TERENGGANU - Seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan ahli keluarganya.

​Tertuduh yang berusia dalam lingkungan 60-an itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.13 pagi dengan memakai kemeja dan kot berwarna hijau.

Iklan
Iklan

​Ketibaan beliau disambut puluhan penyokong yang hadir seawal jam 8 pagi bagi memberikan sokongan moral kepada pemimpin berkenaan.

​Keadaan di pekarangan mahkamah turut dipantau rapi oleh anggota polis termasuk anggota trafik bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan terkawal.

Iklan

​Pada Ahad, media melaporkan suspek ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kemaman.

​Beliau disyaki menyalahgunakan jawatan sebagai anggota Exco serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.

Iklan

​Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara tahun 2018 hingga 2020.

​Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan, pendakwaan terhadap individu berkenaan dijalankan pada Selasa.