Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia

Iklan
Tangkap layar hantaran di Insta Story milik Amyza pada Isnin.

ANAK sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Isnin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Amyza menerusi hantaran di Insta Story miliknya pada Isnin.

Iklan
Iklan

Amyza turut memohon kepada orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat anaknya.

"Assalamualaikum dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri abadi.

Iklan

"Minta semua sedekahkan Al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan Amyza, 51, memohon orang ramai mendoakan kesihatan anak sulungnya yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur disebabkan kanser paru-paru.

Iklan

Tahun lalu, Amyza memaklumkan bahawa Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.