Exco Terengganu disyaki salah guna kedudukan akan didakwa esok

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 22 Februari 2026.

KUALA TERENGGANU - Seorang Exco kerajaan Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan akan didakwa di mahkamah, esok.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 60-an itu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Semalam, sumber memaklumkan suspek disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman kerana didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 2018 dan 2020. - Bernama