Remaja lemas di Sungai Tengah ditemukan meninggal dunia

Iklan
Ketika kejadian mangsa yang hanya memakai seluar panjang sedang bermain bersama seorang rakan di tebing sungai sebelum terjatuh ke dalam air. - Foto hiasan

KUCHING - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kolong Sungai Tengah, berdekatan Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed di sini pada Jumaat lepas ditemukan meninggal dunia.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan Fahril Zaquan Hasbullah, 16, ditemukan kira-kira 2.7 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diaktifkan.

Iklan
Iklan

"Pihak kami menerima makluman awal mayat mangsa ditemukan orang awam. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian bergerak ke lokasi untuk membuat pengesahan,” menurut kenyataan itu.

Mangsa seterusnya dibawa ke jeti Masjid Kampung Tengah Sungai bagi proses pengecaman oleh keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

Pada Jumaat lepas, operasi SAR dijalankan sejurus laporan diterima pada hari kejadian oleh JBPM Sarawak bersama agensi berkaitan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang hanya memakai seluar panjang sedang bermain bersama seorang rakan di tebing sungai sebelum terjatuh ke dalam air.

Iklan

Mangsa dilaporkan hanyut dibawa arus deras selepas gagal diselamatkan rakannya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada penduduk setempat. - Bernama