Ujian Pan-gon di MBPJ

Iklan
Pan-gon bakal berdepan ujian getir apabila skuad bimbingannya dijadual menentang Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ malam ini.

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon bakal berdepan ujian getir apabila skuad bimbingannya dijadual menentang Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Bekas ketua jurulatih kebangsaan itu kini masih memegang rekod cemerlang tanpa kalah dalam tujuh perlawanan sejak mula membimbing skuad Gergasi Merah pada bulan lalu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Kuching City bukanlah lawan yang boleh dipandang enteng memandangkan kelab dari Borneo itu kini tampil sebagai salah satu pencabar utama dalam saingan liga musim ini.

Selangor kini menduduki tangga kedua liga dengan 32 mata, manakala Kuching City mengekori rapat di kedudukan ketiga dengan 31 mata.

Iklan

Pan-gon bagaimanapun sedar kekuatan Kuching City ketika ini dan menegaskan aksi di laman sendiri itu harus dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menebus kekalahan 0-1 di Stadium Negeri, September lalu di tangan anak buah Aidil Sharin Sahak.

Malah, perlawanan itu juga mungkin menjadi gambaran awal buat kedua-dua pasukan yang akan berentap sesama sendiri pada aksi separuh akhir Piala Malaysia, April depan.

Iklan

“Ya, ia akan menjadi perlawanan yang menarik sebab nanti kita akan jumpa lawan sama di separuh akhir.

“Tapi untuk aksi liga, saya sedar Kuching City memang antara pasukan terkuat sekarang dalam saingan Liga Super," katanya.

Menurut pengendali kelahiran Korea Selatan itu, pasukannya perlu tampil dengan aksi terbaik bagi mengekang kemaraan pelawat demi mengukuhkan kedudukan di tangga kedua.

“Saya dengan rendah diri turut menanti perlawanan menentang mereka Ahad ini. Apa pun, saya sentiasa menghormati Kuching City dan kita akan cuba (berikan) yang terbaik," ujarnya.