IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 31 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, remaja berkenaan dikenali Kawsara Bibi Mohamad Noor, 13, warga Myanmar beralamat di Taman Menglembu Impiana di sini.
Iklan
Iklan
"Usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan dan hebahan dibuat bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kehilangan remaja tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477 atau Balai Polis Bukit Merah di talian 05-3210925, katanya.
"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," tambahnya.