‘Apa salah saya?’ – Dr Akmal persoal kenyataan Khalid

Iklan
Dr Muhamad Akmal

PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh mempersoalkan kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad yang menyifatkan pandangannya sebagai satu ‘kegilaan’.

Menerusi hantaran ringkas di media sosial pada Jumaat, Dr Akmal menegaskan bahawa beliau hanya memberikan pandangan untuk partinya sendiri tanpa menyentuh mana-mana parti lain.

Iklan
Iklan

“Bila kita beri pandangan untuk parti sendiri tanpa sentuh parti orang lain dianggap kita gila pula.

“Apa salah saya sampai dikatakan sebegini.

Iklan

“Moga ALLAH SWT berikan yang baik-baik untuk pak cik Khalid Samad,” tulisnya.

Sebelum ini, ADUN Merlimau itu berpandangan penyatuan Melayu antara dua parti terbesar, UMNO dan Pas perlu segera dimulakan di Melaka dan bukan sekadar strategi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Iklan

Cadangan itu disambut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan perkara itu akan diputuskan melalui saluran rasmi.

Sementara, Khalid berkata, Amanah mula menggerakkan jenteranya untuk hadapi kemungkinan tiga atau dua penjuru sekiranya BN mengikuti kegilaan Dr Akmal.