36 individu dikehendaki bantu siasatan kes jenayah - Polis KL

Iklan
Antara individu dikehendaki bantu siasatan kes jenayah

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan 36 individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah termasuk bunuh, rogol, samun berkumpulan, pecah rumah, menyamar penjawat awam dan gangguan seksual.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, semua individu berkenaan diperlukan bagi membantu siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur membabitkan kes yang disiasat mengikut pelbagai seksyen di bawah Kanun Keseksaan serta akta lain.

Iklan
Iklan

"Antara individu dikesan dikenali sebagai Low Lye Huat, Ahmad Nazzer Abd Wahab, Billy Leong Li Sun, Magesan Salva Coma, V Vadivelu Varatharaju, Muhammad Saeful Bahri Imbran dan Muhammad Afiq Safine.

"Kita turut mengesan Annannakais Abdul Rahim dan Muhd Ammar Haziq Zulkifli, Esvaran Muniandy, Mohd Fadli Saludin, Andry Heriady Nazari, Sateshwaran Jaintheran, Yap Kah Tatt dan Nor Azam Jemain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Fadil berkata, individu lain yang turut dikesan Kartik V Manimaran, Ahmad Budiman Mohamad Rosdi, Ha Kuan Min, Meor Zaini Basir, Low Kiat Soon, Tengku Abdul Muien Tengku Al-Faizzam, Rahimafdzi Abd Rahim, Che Muhamad Faizal Che Hassan dan Hamzah Talib, Rosmadi Shafie.

"Polis turut mengesan Jamil Awang, Kumeresan Ganesan, Ooi Choon Wai, Ravi Kumar Krishnan, Ngai Chan Hong, Mohammad Bhukori, Sarvin Raaj Karthikesu, Sundarasen G. Santhiran, Ibnolhafis Aswad, Muhammad Fikri Ab Jalel dan Muhammad Amiruizat Shamsuddin," katanya.

Iklan

Beliau berkata, kes yang disiasat Seksyen 302, 376, 395, 397, 457, 326, 324, 354, 365 dan 170 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 dan kes di bawah Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali individu terbabit diminta tampil membantu siasatan.

"Orang ramai boleh menghubungi Deputi Superintenden K Rajkumar dari Bahagian D4 JSJ IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460613 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.