Steven Sim dirawat di hospital, disaran berehat

Iklan
Steven berkongsi keadaan terkininya di hospital.

SHAH ALAM – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong kini menerima rawatan di sebuah hospital.

Perkembangan itu dikongsikan beliau menerusi akaun Facebook miliknya pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keadaan kesihatan beliau memerlukan rehat selepas melalui jadual kerja yang padat sejak beberapa minggu lalu.

“Berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina. Doktor menasihatkan supaya berehat seketika.

Iklan
Iklan

I'll be back soon, stronger! Jalan terus! Kebaikan akan menyusul selepas musibah,” katanya ringkas.