Tiga anjing pitbull makan mayat tuan

Iklan
Antara anjing pitbull yang ditemui berhampiran jasad Salvatore Allegrucci di dalam apartmennya. Foto Newsflash

ITALI – Tiga ekor anjing pitbull dipercayai makan mayat tuannya di sebuah pangsapuri di Kampung Rigali, Gualdo Tadino di sini.

Media tempatan Daily Star melaporkan, mangsa, Salvatore Allegrucci, 52, ditemui tidak bernyawa di ruang tamu kediamannya selepas polis memecah masuk rumah berkenaan pada 15 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Kejadian terbongkar apabila anak saudara perempuan mangsa yang dikenali sebagai Tore membuat laporan selepas lelaki itu gagal dihubungi dan tidak menyahut panggilan di pintu rumah.

Menurut pihak berkuasa, pasukan kecemasan terpaksa memecahkan pintu selepas menghidu bau busuk yang kuat dari dalam pangsapuri berkenaan.

Iklan

Anggota Carabinieri bersama pasukan bomba dan veterinar bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat.

Hasil pemeriksaan mendapati, mayat mangsa terbaring di lantai dengan sebahagian tubuhnya dipercayai telah dimakan oleh tiga anjing pit bull yang berada dalam kediaman tersebut.

Iklan

Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat punca semula jadi, berkemungkinan susulan masalah kesihatan secara tiba-tiba.

Pegawai penyiasat menganggarkan lelaki itu telah meninggal dunia sekurang-kurangnya empat hari sebelum mayatnya ditemui.

Difahamkan, ketiga-tiga anjing berkenaan ditemui dalam keadaan terkurung tanpa bekalan makanan dan air sepanjang tempoh tersebut.

Kes itu kini masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa tempatan bagi melengkapkan laporan rasmi berhubung punca kematian.