Wanita maut dijerut: Cemburu dipercayai motif pembunuhan

Iklan
Perasaan cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita warga Indonesia yang ditemui maut dengan kesan jerutan di leher di kawasan kebun pisang di Banting di sini pada Isnin.

KUALA LANGAT – Perasaan cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita warga Indonesia yang ditemui maut dengan kesan jerutan di leher di kawasan kebun pisang di Banting di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang ditahan merupakan suami mangsa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu.

"Setakat ini, siasatan awal mendapati suspek dan mangsa merupakan pasangan suami isteri.

Iklan

"Motif kejadian dipercayai berkaitan cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes berkenaan direman selama tujuh hari.

Iklan

Dalam kejadian pada Isnin, seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an ditemui maut dengan kesan jerutan di leher di kawasan kebun pisang di Banting.

Mohd Akmalrizal berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita itu kira-kira jam 11.07 pagi.