Bayi dua bulan dipercayai didera pengasuh

Iklan
Seorang bayi lelaki berusia dua bulan dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Kampung Kayu Ara, Mambau, Jumaat lepas. Gambar hiasan

SEREMBAN - Seorang bayi lelaki berusia dua bulan dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Kampung Kayu Ara, Mambau di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, ibu mangsa yang berusia 25 tahun membuat laporan pada hari sama memaklumkan terdapat kesan kecederaan selepas mengambil anak daripada pengasuh pada jam 5.10 petang.

Iklan
Iklan

"Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini dan pemeriksaan mengesahkan terdapat kesan kuku dan melecet pada dada serta lebam pada pipi kiri.

"Bayi itu kini ditahan di Wad Pediatrik untuk pemerhatian lanjut dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

Azahar berkata, susulan itu, polis menyiasat pengasuh berusia 46 tahun itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Siasatan awal mendapati wanita itu menjalankan aktiviti mengasuh selama dua tahun namun tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama

Iklan