Hanya dua jenis mercun dibenarkan jual sempena Tahun Baharu Cina - Polis KL

Iklan
Polis hanya membenarkan penjualan bunga api jenis Happy Boom dan mercun Pop Pop sempena Tahun Baharu Cina. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR -- Polis hanya membenarkan penjualan bunga api jenis Happy Boom dan mercun Pop Pop sempena perayaan Tahun Baharu Cina Selasa depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ia kerana bunga api dan mercun berkenaan tidak mengandungi bahan bakar yang boleh membahayakan keselamatan.

Iklan
Iklan

"Namun, penjualan kedua-dua jenis mercun itu masih memerlukan permit dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berkaitan dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Sesiapa yang memiliki, menjual, membeli dan bermain mercun serta bunga api selain daripada yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan Sekyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Fadil turut mengingatkan orang ramai untuk tidak bermain mercun dan bunga api melebihi jam 12 tengah malam yang boleh mendatangkan kacau ganggu atau bahaya kepada umum.

"Sekiranya ingkar, individu terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 366) dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207)," katanya.

Iklan

Beliau turut menegaskan bahawa memiliki, menjual, membeli dan bermain mercun serta bunga api sempena mana-mana perayaan termasuk perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 17 Februari ini tanpa kebenaran adalah kesalahan.

"Oang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat serta mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya.