Hafiz Suip kahwin kali kedua, sekali lafaz suami Fiona Saffiyya

Iklan
Hafiz Suip kini kembali bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Fiona Saffiyya.

TAHNIAH buat penyanyi, Hafiz Suip kini kembali bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Fiona Saffiyya.

Akad nikah Hafiz dikongsikan menerusi penstriman langsung laman sosial Facebook miliknya.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Hafiz masuk ke dewan bersama kedua-dua cahaya matanya, Muhammad Riyadh Zafri, 9, serta Muhammad Alkaf Zayne, 6.

Ia diikuti pengantin perempuan yang menggayakan sepersalinan kurung moden berona putih diiringi ibu dan adik-beradik ke pelamin.

Iklan

Majlis akad nikah tertutup tersebut berlangsung pada Jumaat di sebuah dewan di Petrajaya, Kuching menyaksikan Hafiz dengan hanya sekali lafaz sah menjadi suami kepada Fiona Saffiyya.

Hafiz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120 kepada Fiona sebagai simbolik penyatuan mereka.

Iklan

Terdahulu, pelantun lagu Awan Nano itu berpisah dengan Nureffy Jasreel Abdullah pada 29 Mei 2025 selepas berkahwin selama sembilan tahun. - SinarPlus