3 nyaris maut Myvi jatuh gaung
Iklan
Anggota JBPM membantu mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan selepas kenderaan dinaiki tiga individu itu terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Kilometer 299.5 Lebuh raya Plus arah utara pagi Jumaat.
IPOH – Tiga individu nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Kilometer 299.5 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara pada pagi Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 pagi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dan BBP Tapah yang melibatkan 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya jentera pada jam 9.30 pagi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.
Iklan
"Terdapat tiga mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, termasuk seorang daripadanya tersepit di dalam kenderaan. Kesemua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mangsa yang cedera menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital.
Iklan
Sabarodzi berkata, komander operasi melakukan penilaian awal sebelum mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja penyelamatan.
Katanya, anggota menggunakan peralatan ‘spine board’ dan ‘basket stretcher’ bagi mengeluarkan mangsa dari gaung sehingga semua mangsa berjaya diselamatkan.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi berjaya dikawal pada jam 10.05 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 10.17 pagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>