Isu saham Azam Baki: Beban ke atas pihak buat tuduhan untuk kemuka bukti - Saifuddin

Iklan
Saifuddin

PUTRAJAYA -"Pihak yang membuat tuduhan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu mengemukakan bukti terlebih dahulu".

Demikian kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengulas gesaan supaya kerajaan menjalankan siasatan bebas berhubung dakwaan Azam Baki memiliki saham dalam beberapa syarikat.

Iklan
Iklan

"Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita biarkan proses undang-undang berjalan. Sekarang ini, beban ke atas pihak yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti.

"Ketika ini, saya belum dimaklumkan lagi tentang sebarang laporan polis dibuat berkait Azam Baki," ujar Saifuddin dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di sini pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, media antarabangsa, Bloomberg melaporkan Azam didakwa memiliki 17.7 juta saham Velocity, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia.

Ia berdasarkan pemfailan tahunan oleh syarikat berkenaan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.

Iklan

Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan pada Isnin lalu.

Azam dalam satu sidang media pada Rabu menegaskan beliau sudah melupuskan semua sahamnya dan kini tidak mempunyai sebarang pemilikan saham dalam mana-mana syarikat.

Menurut Azam, beliau membeli saham Velocity tersebut pada awal 2025, dan kemudian melupuskan keseluruhan pegangan itu pada Julai 2025 tanpa mendapat sebarang keuntungan daripada urus niaga tersebut. - Awani