RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 dibentang hari ini

Iklan
Chin Tong ketika Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Rabu. Foto Bernama

KUALA LUMPU - Rang Undang-Undang (RUU) Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu.

Timbalan Menteri Kewangan II, Liew Chin Tong ketika membentangkan RUU itu berkata, bacaan kali kedua akan dilakukan pada persidangan kali ini.

Iklan
Iklan

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, pindaan RUU berkenaan bertujuan meminda Bahagian I Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan bagi mengubah kadar pemberian mengikut bilangan orang setiap negeri mengikut struktur kadar baharu.

"Tujuan pengubahan itu ialah untuk menambah pemberian mengikut bilangan orang yang diberi kepada negeri-negeri dan untuk memastikan layanan yang lebih adil bagi negeri-negeri yang kurang penduduk dan dalam masa yang sama negeri-negeri yang ramai penduduk turut mendapat pemberian yang lebih tinggi,” menurut naskhah itu.

Iklan

Akta ini akan mula berkuat kuasa pada 1 April 2026 dan dijangka melibatkan perbelanjaan tambahan kerajaan sehingga RM548 juta. - Bernama

 

Iklan