Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271

Iklan
Sultan Mizan berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 yang berlangsung di Istana Negara pada Rabu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 di Istana Negara di sini.

Berangkat sama ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Iklan
Iklan

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Pahang diwakili Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Iklan

Selain itu, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, serta Timbalan Premier Sarawak turut hadir pada mesyuarat berkenaan.

Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271, di Istana Negara.

Iklan

Kali terakhir mesyuarat itu diadakan pada 8 Oktober tahun lepas, dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. - Bernama