21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.
-Didakwa melakukan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB).
14 Disember 2018
-Mohd Isa didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah.
4 April 2019
-Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur benarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
11 April 2019
-Sebutan Kali pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
8 Oktober 2019
- Perbicaraan bermula.
14 Januari 2020
-Pendakwaan tutup kes. Perbicaraan peringkat pendakwaan berlangsung selama 15 hari.
20 Mei 2020
-Hujahan akhir pendakwaan.
16 Jun 2020
-Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohd Isa untuk membela diri atas sembilan pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan segala intipati pertuduhan.
17 Ogos 2020
- Mohd Isa mula memberi keterangan bela diri secara bersumpah dari kandang saksi.
3 September 2020
- Pembelaan menutup kes selepas memanggil enam orang saksi.
24 Disember 2020
-Hujahan di akhir kes pembelaan.
3 Februari 2021
-Keputusan di akhir kes pembelaan yang mendapati Mohd Isa bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun, denda RM15.45 juta serta penjara 18 tahun sekiranya gagal membayar denda.
6 Mac 2024
-Bekas Menteri Besar itu dilepas dan dibebaskan selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mengetepikan sabitan serta hukuman berkenaan.
7 Mac 2024
-Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan
26 Jun 2024
-Petisyen rayuan dengan mengemukakan 24 alasan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.
10 Febuari 2026
- Isa Samad ke penjara serta-merta, sabitan dan hukuman kes rasuah RM3.09 juta kekal