KUALA LUMPUR - Kes penipuan belian dalam talian mencatatkan 1,381 kes dengan nilai kerugian mencecah RM14.8 juta pada Januari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kerugian direkodkan itu menunjukkan lonjakan mendadak apabila ia meningkat 57 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.