Pangsapuri penuh mercun terbakar

Iklan
Keadaan kebakaran sebuah unit pangsapuri di sini pada Ahad.

KAJANG – Sebuah unit kediaman di tingkat lapan pangsapuri di sini yang menyimpan sejumlah besar mercun musnah dalam kebakaran pada malam Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 10.42 malam.

Iklan
Iklan

"Seramai 13 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi serta bantuan BBP Semenyih bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 13 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya pihak bomba di lokasi 13 minit kemudian, mendapati mendapati bilik yang mengandungi bahan letupan (mercun) terbakar 80 peratus.

Iklan

"Api telah berjaya dikawal pada jam 11.19 malam dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan.

"Komander Operasi melaporkan bahan letupan (mercun) itu terdapat di keseluruhan kawasan rumah," katanya.

Iklan

Beliau berkata, kebakaran telah berjaya dipadamkan dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan.

"Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu," katanya.