Eksekutif jualan rugi RM50,750 ditipu tender bekal set kerusi meja kantin sekolah

Iklan
Seorang wanita mengalami kerugian RM50,750 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan melibatkan tawaran tender membekal set kerusi dan meja kantin sekolah di daerah Marang. Gambar kecil: Azli

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita mengalami kerugian RM50,750 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan melibatkan tawaran tender membekal set kerusi dan meja kantin sekolah di daerah Marang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.27 petang pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengadu merupakan seorang eksekutif jualan berusia 29 tahun yang bekerja dengan sebuah syarikat pembekal barangan pejabat.

“Siasatan awal mendapati pengadu telah dihubungi oleh seorang individu yang mengaku sebagai wakil pembekal bagi tender membekal set kerusi dan meja kantin untuk sebuah sekolah rendah di daerah Marang.

Iklan

“Pengadu kemudian diarahkan membuat bayaran ke sebuah akaun bank menerusi transaksi pindahan wang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa telah melakukan satu transaksi pindahan wang berjumlah RM50,750 pada 7 Februari kira-kira jam 2.25 petang ke akaun berkenaan menggunakan wang syarikat.

Iklan

Menurutnya, selepas bayaran dibuat, pengadu menyedari telah diperdaya dan mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM50,750.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan suspek yang terlibat,” ujar beliau.