Lebihan makanan dibasuh untuk diberi kepada haiwan, bukan pelanggan - Pemilik restoran nasi kandar
Iklan
Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan telah pun mengeluarkan notis penutupan restoran berkuat kuasa 3 Februari hingga 17 Februari ini. Gambar kecil: Fadzil
SEREMBAN – Pemilik Restoran RB Nasi Kandar menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square, di sini membasuh lebihan makanan untuk dijual semula kepada pelanggan, sebaliknya ia bertujuan diberikan kepada pencinta haiwan.
Datuk Fadzil A Bakar berkata, adalah mustahil pihaknya menjual makanan lebihan kepada pelanggan kerana ia mudah rosak dan berbau.
Iklan
Iklan
“Kalau buat macam mana sekalipun, makanan itu akan cepat rosak dan pelanggan boleh mengesannya.
“Kita bukan baharu dalam bidang ini. Mungkin ada pemilik restoran lain yang mengitar semula makanan, tetapi kita tidak pernah buat macam itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Iklan
Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, pencinta haiwan terbabit sering datang ke restoran berkenaan untuk mengambil lebihan makanan bagi diberikan kepada haiwan liar seperti kucing, burung dan tikus.
Jelasnya, makanan itu perlu dibasuh terlebih dahulu supaya tidak berminyak sekaligus bagi mengelakkan haiwan terkena penyakit.
Iklan
"Kita tak nampak betul-betul apa yang berlaku dan pelbagai cerita yang timbul.
"Saya rasa pekerja kami warga Pakistan itu pun mungkin kurang faham apa yang dipersoalkan oleh perakam video dan telah memberi penerangan yang salah dengan mengatakan ia dibasuh untuk digunakan semula sedangkan ia sebenarnya untuk diberikan kepada haiwan," katanya.
Jelasnya, pihak pengurusan restoran juga berdepan masalah untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pekerja berkenaan kerana selepas insiden itu, dia terus menghilangkan diri.
"Dia pun baru lagi kerja di restoran itu dan tak faham sangat Bahasa Melayu. Kita nak tanya lanjut pun tak dapat kerana dia sudah melarikan diri," katanya.
Beliau memberitahu, aspek kebersihan premis dan penyediaan makanan merupakan perkara paling penting yang sentiasa diberi perhatian.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada sesetengah pekerja warga asing yang kurang menitikberatkan perkara itu.
"Kita memang pandang serius soal kebersihan dan jika premis dikenakan kompaun disebabkan ada pekerja tak pakai apron atau pakai selipar, kita akan menolak gaji pekerja tersebut kerana tak ikut peraturan.
"Saya ada 14 restoran dan ini kali pertama berdepan isu sebegini," katanya.
Mengulas mengenai video yang tular, Fadzil berkata, tindakan individu merakam dan menyebarkan tanpa berbincang terlebih dahulu telah menjejaskan reputasi perniagaannya.
Bagaimanapun ujarnya, pihaknya akur dengan siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), malah telah pun membuat laporan polis terhadap penyebar video.
Pada masa sama beliau tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap perakam video.
"Kalau tak puas hati atau ada tengok sesuatu tak kena, sepatutnya jumpa dulu dengan pengurusan restoran, bukannya terus tularkan.
"Saya tak nafikan imej saya terjejas dengan apa yang terjadi. Tapi tindakan perakam video itu memang salah dan dia masuk dapur kami tanpa kebenaran pun sudah jadi satu kesalahan.
Sementara itu tinjauan Sinar Harian di restoran tersebut mendapati, terdapat beberapa pekerja sedang membersihkan bahagian belakang.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kejadian meloyakan itu dikongsi seorang pengguna media sosial yang mendakwa menyaksikan sendiri perbuatan berkenaan di belakang premis terbabit pada jam 12.18 tengah malam pada Selasa.
"Saya melihat seorang pekerja sedang mencuci baki makanan seperti daging ayam, daging kambing, tauhu yang jelas merupakan lebihan masakan, kemudian diasingkan ke dalam dulang," katanya.
Dia memberitahu telah menegur perbuatan pekerja tersebut dan dimaklumkan yang baki makanan terbabit dicuci untuk digunakan semula pada keesokan hari.
Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan telah pun mengeluarkan notis penutupan berkuat kuasa 3 Februari hingga 17 Februari ini.
Pemilik telah dikenakan tindakan penguatkuasaan serta diarahkan penutupan premis di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan pengeluaran notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.