Pengerusi IJM Corporation ditahan SPRM, bantu siasatan kes pengubahan wang haram RM2.5 bilion

Iklan
SPRM menahan Pengerusi Syarikat IJM Corporation Berhad atas isu tadbir urus korporat dan pemilikan aset di luar negara bernilai RM2.5 bilion.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengerusi Syarikat IJM Corporation Berhad berhubung kes berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 70-an itu telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Khamis di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas kediaman beliau dibongkar.

Iklan
Iklan

“SPRM telah melakukan pemeriksaan dan penggeledahan di tiga lokasi baharu iaitu sebuah institusi pengurusan dana dan pelaburan selain sebuah bank pelaburan dan kediaman suspek.

“Siasatan awal mendapati bank pelaburan tersebut telah dilantik untuk menguruskan proses tawaran pengambilalihan ke atas IJM Corporation Berhad termasuk urusan kawal selia dengan sebuah badan berkanun biaya kendiri,” katanya.

Iklan

Pada 19 Januari lalu, Bahagian Operasi Khas (BOK) telah menjalankan siasatan terhadap suspek berkaitan tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset berjumlah RM2.5 billion di luar negara dan potensi elemen kesalahan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan.

Sehubungan itu, SPRM telah membekukan 70 akaun bank persendirian serta akaun syarikat-syarikat yang berkaitan dengan jumlah kira-kira RM30.6 juta.

Iklan

Tambah sumber, siasatan turut menumpukan kepada usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki telah diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram dan setakat ini pihaknya telah memanggil 15 orang saksi termasuk isteri suspek untuk dirakam percakapan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan maklumat

"Fokus siasatan menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

"Suspek telah dilepaskan dalam tempoh 24 jam selepas keterangan diambil memandangkan suspek turut mengalami masalah kesihatan," ujarnya.