Sultan Pahang mampu pulihkan FAM – Takiyuddin

Iklan
Al-Sultan Abdullah

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat sebagai calon paling berwibawa dan layak untuk kembali menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha memulihkan imej serta hala tuju bola sepak negara.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Kelantan, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengalaman luas baginda dalam pentadbiran bola sepak sebelum ini merupakan aset penting yang amat diperlukan FAM ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, landskap bola sepak negara hari ini berdepan cabaran jauh berbeza berbanding era terdahulu, sekali gus memerlukan kepimpinan berpengaruh, tegas dan disegani semua pihak.

"Bagaimanapun, segalanya terserah kepada Tuanku sama ada menerima atau menolak cadangan itu. Bola sepak hari ini tidak lagi sama seperti dahulu.

Iklan

"Suatu ketika dulu, kekuatan FAM disokong oleh persatuan bola sepak negeri. Namun kini, persatuan negeri semakin lemah dan lebih bersifat kelab," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanat khas secara tertutup kepada warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong di sini pada Jumaat malam.

Iklan

Takiyuddin memberitahu, beliau menyokong sepenuhnya sekiranya Al-Sultan Abdullah berkenan kembali memimpin badan induk bola sepak negara itu.

Media sebelum ini melaporkan, bekas Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar mencadangkan Sultan Pahang supaya kembali menggalas tanggungjawab sebagai Presiden FAM.

Saifuddin berkata, cadangan itu dibuat berikutan gaya kepimpinan Al-Sultan Abdullah yang terbukti inklusif, sentiasa mendengar pandangan semua pihak serta tidak tergesa-gesa membuat keputusan.