Polis kesan dua saksi hadir perbicaraan kes dadah

Iklan
Zulkarnain, Masayu

NIBONG TEBAL - Polis sedang giat mengesan dua orang saksi bagi menghadiri perbicaraan kes berkaitan dadah di Mahkamah Butterworth yang dijadualkan berlangsung pada 9 dan 10 Februari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, kes berkenaan melibatkan laporan Sungai Bakap RPT 3414/2019 dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dua saksi yang dikesan ialah Zulkarnain Mohamed Hashim dengan alamat terakhir di No 66, Taman Sri Mercu, Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000 Kuala Kangsar, Perak.

“Seorang lagi saksi ialah Masayu Azalme yang beralamat terakhir di belakang Dewan Sungai Jerneh, Ijok, 34510 Batu Kurau, Perak,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sehubungan itu, Jay memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan saksi-saksi terbabit supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Inspektor Sufeena Azureen Zulkurnain di talian 013-636 4885 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

Iklan