Wanita curi emas, sorok dalam mulut

Iklan
Tindakan seorang wanita di Indonesia menyembunyikan barang kemas yang dipercayai dicuri di dalam mulut terbongkar selepas dia ditahan pekerja sebuah kedai emas.

JAKARTA – Tindakan seorang wanita di Indonesia menyembunyikan barang kemas yang dipercayai dicuri di dalam mulut terbongkar selepas dia ditahan pekerja sebuah kedai emas.

Kejadian dipercayai berlaku baru-baru ini di sebuah kedai emas, namun lokasi sebenar insiden berkenaan tidak didedahkan.

Iklan
Iklan

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram oleh akaun @socialfeed_id, wanita berkenaan dilihat dikelilingi beberapa pekerja kedai sebelum mereka mendesaknya mengeluarkan barang kemas yang dipercayai disembunyikan di dalam mulut.

Selepas beberapa kali didesak, wanita itu akhirnya mengeluarkan emas berkenaan sebelum cuba melarikan diri dari premis tersebut.

Iklan

Video terbabit meraih lebih 24,800 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

“Sudah tua masih mencuri,” komen seorang netizen. – AGENSI

Iklan