Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa hidap kanser tahap 3

Iklan
Tony Jaa dilaporkan sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024.

BINTANG aksi Thailand, Tony Jaa, dilaporkan sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024.

Menurut laporan media Thailand, aktor itu pada mulanya mengalami kesakitan pada bahagian perut serta simptom jaundis sebelum pemeriksaan lanjut mengesahkan penyakit tersebut.

Iklan
Iklan

Sumber terdekat memaklumkan bahawa kanser itu berada pada tahap 3 menghampiri tahap 4 ketika dikesan, namun rawatan agresif termasuk pembedahan dan kemoterapi menunjukkan perkembangan positif.

Laporan Channel 3 turut menyatakan keadaan Tony Jaa kini lebih stabil, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.

Iklan

Kebimbangan peminat meningkat selepas beliau kelihatan semakin kurus dalam beberapa hantaran di media sosial, meskipun laman Facebook rasminya tidak menyebut mengenai penyakit berkenaan.

Dalam muat naik terbaharu pada 31 Januari, Tony Jaa hanya berkongsi mengenai penggambaran video muzik baharunya berjudul One More Round.

Iklan

Tony Jaa, atau nama sebenarnya Tatchakorn Yeerum, menyambut ulang tahun ke‑50 minggu ini.

Beliau meraih populariti global menerusi filem Ong Bak (2003) yang menonjolkan kehebatan Muay Thai, sekali gus membuka laluan ke industri filem Hong Kong dan Hollywood.

Sumber industri hiburan turut memaklumkan bahawa keluarga aktor itu menjaga beliau dengan baik, dan Tony Jaa kini memberi tumpuan kepada rawatan serta proses pemulihan.

Peminat dari seluruh dunia memenuhi ruangan media sosialnya dengan ucapan semangat dan doa agar beliau kembali pulih. - Awani