Empat presiden parti komponen PN sah hadir mesyuarat pilih pengerusi baharu
Iklan
Takiyuddin (depan, tiga dari kanan) ketika sidang akhbar bersama ahli Parlimen PN yang lain di Pusat Media Parlimen, Kuala Lumpur pada Khamis.
KUALA LUMPUR – Kesemua empat presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan menghadiri mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi (MT) PN untuk memilih pengerusi baharu gabungan itu.
Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat tersebut dijangka diadakan selepas 19 Februari ini berdasarkan permintaan seorang daripada presiden parti tersebut.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, katanya, tarikh yang tepat masih lagi belum ditentukan tetapi pihaknya berharap ia dapat disegerakan sebelum akhir bulan ini.
“Saya sudah hubungi semua presiden parti di bawah PN, empat presiden menyatakan semua boleh hadir, tiada yang berkecuali. Jemputan untuk menghadiri mesyuarat itu dihantar kepada semua presiden parti dua hari lepas dan dan sebahagian mereka telah memberikan tarikh yang sesuai.
Iklan
“Seorang presiden meminta tidak awal dari 19 Februari dan tarikh itu bermulanya bulan puasa. Yang lain belum bagi (cadangan tarikh) lagi. Jadi saya tengah berbincang dengan (presiden) yang lain,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu pada sidang akhbar bersama beberapa ahli Parlimen BN yang lain di Pusat Media Parlimen di sini pada Khamis.
Selasa lalu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas dilapor berkata, pengerusi baharu PN dijangka dipilih daripada kalangan pemimpin tertinggi atau kanan Pas
Iklan
Beliau memberitahu, jawatan dikosongkan Muhyiddin itu akan ditentukan melalui perbincangan dalam gabungan dan bukannya secara unilateral oleh mana-mana parti.
Muhyiddin sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu yang disusuli dengan peletakan jawatan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta beberapa ketua PN negeri daripada Bersatu.
Berikutan itu, Pas menyatakan kesediaan untuk menerajui gabungan berkenaan dengan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa supaya satu mesyuarat MT PN diadakan.
Kemudian turut timbul pelbagai spekulasi calon akan menerajui PN termasuk Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.