KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri melibatkan Johor, Kedah, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak sehingga 9 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan di Kedah, daerah terlibat ialah Yan, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak membabitkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Iklan
Iklan
Amaran itu turut melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
Di Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Johor melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu). - Bernama