JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula

Iklan
JKNNS sedang menyiasat dakwaan pekerja restoran membasuh lebihan makanan untuk dijual semula.

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan pekerja sebuah restoran di daerah ini yang dipercayai membasuh lebihan makanan untuk dijual semula keesokan harinya.

Pengarah JKNNS, Dr Zuraida Mohamed berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara tersebut pagi tadi dan pegawai penguat kuasa kesihatan telah ke premis itu untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Iklan
Iklan

"Siasatan lanjut sedang dilakukan sekarang ini dan sebarang tindakan berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian.

"Pihak kami memandang serius mengenai perkara tersebut yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia membabitkan keselamatan dan kesihatan orang ramai,” katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.

Iklan

Hari ini, tular di Facebook apabila seorang pengguna memuat naik rakaman dan gambar memaparkan seorang pekerja kedai dipercayai sedang membasuh lebihan makanan seperti ayam dan daging untuk digunakan semula keesokan harinya. - Bernama

 

Iklan