Lesen PSV pemandu Grab terlibat gangguan seksual dibatal - Anthony Loke
Iklan
Anthony mengarahkan JPJ supaya membatalkan Lesen PSV pemandu terbabit dengan serta-merta.
PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil tindakan tegas berhubung insiden gangguan seksual yang melibatkan seorang pemandu Grab terhadap penumpang di Johor Bahru.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu terbabit dengan serta-merta.
Iklan
Iklan
“Tindakan itu bermaksud pemandu tersebut tidak dibenarkan berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Selain itu, MOT menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memanggil semua pengendali e-hailing, termasuk Grab, bagi membentangkan pelan tindakan penambahbaikan untuk meningkatkan tahap keselamatan penumpang.
Iklan
Anthony menegaskan bahawa MOT tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tingkah laku yang mengancam keselamatan penumpang dan bersedia memberikan sokongan penuh kepada mangsa bagi memastikan tindakan polis diambil terhadap pelaku.
Pada Isnin, tular sebuah video yang memaparkan seorang pemandu e-hailing melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita.
Iklan
Video yang dilaporkan dirakam sendiri oleh penumpang terbabit menunjukkan pemandu berkenaan menghulurkan tangannya ke belakang untuk menyentuh wanita tersebut, namun ditepis.
Pemandu itu juga didakwa bertanya umur wanita berkenaan serta berapa ‘harganya’ dalam bahasa Mandarin.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus"><meta itemprop="description" content="Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus
Seorang presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu pada Rabu atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dengan memperoleh peruntukan pembinaan sebuah dewan berjumlah RM2 juta.
Makinsos Nawai, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Andi Razalijaya A Dadi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789022/berita/semasa/presiden-ngo-tak-mengaku-salah-dakwa-dewan-rm2-juta-siap-100-peratus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #salahgunakuasa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T03:23:56.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xardq42"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xardq42"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xardq42"></script>