Pilihan raya Datuk Bandar KL: UMNO, Pas dicabar kemuka kajian sendiri - MP Kepong

Iklan
Lim Lip Eng

SHAH ALAM - UMNO dan Pas didakwa menolak cadangan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur tanpa mengemukakan sebarang fakta atau kajian kepada rakyat bagi menyokong pendirian tersebut.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, jika kedua-dua parti itu benar-benar yakin pilihan raya Datuk Bandar itu tidak memberi kebaikan kepada Kuala Lumpur, mereka dicabar untuk menerbitkan kajian mereka sendiri secara terbuka.

Iklan
Iklan

"Bukan bermain sentimen politik, tetapi kajian berasaskan fakta dan data. Bentangkan kepada umum dan biarkan rakyat Kuala Lumpur menilai.

"Jika UMNO dan Pas benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat, mereka tidak sepatutnya takut kepada kajian yang telus dan terbuka," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Menurutnya, pilihan raya sedemikian dilihat lebih praktikal berbanding memilih ramai ahli majlis bandar raya menerusi pilihan raya kerajaan tempatan.

Iklan

Cadangan Hannah itu bagaimanapun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin parti.

Dalam pada itu, Lip Eng berkata, sekiranya parti berkenaan enggan menerbitkan kajian, rakyat berhak bertanya apa sebenarnya yang mereka takutkan.

Katanya, demokrasi adalah hak rakyat dan penduduk Kuala Lumpur berhak memilih siapa yang mentadbir bandar mereka.