Empat rumah terbakar: 'Jiran lihat ada lelaki mental berada di situ sebelum kejadian'

Iklan
Api marak yang membakar empat rumah. Foto: Bomba

KOTA BHARU – Empat rumah terbakar dalam kejadian kebakaran di Jalan Keloncor di sini, pada Selasa dengan satu daripadanya berpenghuni.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi itu disedari seorang pekerja swasta Mohd Shahrul Isma Fitri Safavi, 26, selepas sepupunya bertindak pantas mengetuk pintu rumah dan mengejutkan dia dari tidur memaklumkan ada api di rumah kosong bersebelahan.

Iklan
Iklan

“Tiga rumah kosong terbakar dan satu lagi rumah nenek saya.

“Masa itu api marak dan ibu saya segera membawa nenek keluar dari rumah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, warga emas yang berusia dalam lingkungan 60-an itu selamat dibawa keluar sebelum api merebak menyebabkan bahagian luar rumah termasuk kawasan hadapan dan beranda belakang hangus.

“Tiga lagi rumah kosong hangus kesemuanya,” katanya.

Iklan

Dia memberitahu, jiran ada memaklumkan terlihat seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental berada di kawasan berkenaan sekitar tengah malam sebelum kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II, Zuzuki Safei, berkata, pihaknya panggilan kecemasan pada jam 2.05 pagi.

Katanya, seramai 30 anggota BBP Kota Darul Naim dan Tunjong tiba di lokasi pada jam 2.11 pagi.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran dengan empat pancutan air daripada tangki jentera serta pili bomba.

“Api padam sepenuhnya jam 5.20 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.