Hilang 23 hari, lelaki ditemui mati dikerat, ditanam di 5 lokasi

Iklan
Polis Thailand menjalankan siasatan di lokasi. Gambar kecil: Mangsa hilang secara misteri lebih 23 hari lalu. - Agensi

THAILAND – Polis wilayah Chonburi menemui mayat seorang lelaki warga Rusia berusia 30 tahun yang dipercayai dibunuh dengan kejam pada 1 Februari lalu.

Bahagian tubuh mangsa yang dikerat itu ditanam secara berasingan di lima lokasi berbeza di sepanjang tebing sebuah kolam di Soi Phatthanakan 4, Pattaya.

Iklan
Iklan

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang secara misteri selama lebih 23 hari dan kes kehilangannya pernah dilaporkan media selepas polis meminta bantuan orang awam.

Ibu mangsa dilaporkan telah datang dari Rusia ke Thailand untuk membuat laporan orang hilang, sekali gus mencetuskan siasatan lanjut pihak berkuasa.

Iklan

Penemuan keratan badan mangsa yang mengejutkan banyak pihak.-Agensi

Dalam siasatan tersebut, polis menemui mesej perbualan berunsur ugutan yang menuntut pembayaran semula hutang melebihi AS$120,000 (RM437,000).

Iklan

Pihak berkuasa percaya, motif pembunuhan berkait rapat dengan hutang yang gagal dijelaskan, yang didakwa berpunca daripada perkongsian perniagaan ganja yang berakhir dengan pertikaian.

Seorang suspek warga asing yang belum dikenal pasti telah ditahan dan kini sedang disoal siasat.

Polis turut giat mengesan dan memburu rakan subahat lain, termasuk individu warga Thailand dan warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Kes ini kini dikendalikan oleh Balai Polis Nongprue dan siasatan lanjut masih dijalankan.