Budak usia empat tahun diperkosa, dibunuh penganggur ketagih video lucah

Iklan
Jasad mangsa ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam karung di belakang rumah jiran yang terletak kira-kira 20 meter dari kediaman keluarganya pada Jumaat lalu. Foto Agensi

CILACAP - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menjadi mangsa nafsu serakah penganggur yang ketagih menonton video lucah.

Mangsa, EH diperkosa dan dibunuh pelaku yang dikenali sebagai GR, 23, dalam kejadian menggemparkan di Cilacap, Jawa Tengah di Indonesia.

Iklan
Iklan

"Jasadnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam karung di belakang rumah jiran yang terletak kira-kira 20 meter dari kediaman keluarganya pada Jumaat lalu," kata Kapolresta Cilacap Kombes Budi Adhy Buono.

Sebelum penemuan mayatnya, EH dilaporkan hilang pada petang Khamis setelah keluar bermain bersama kawan-kawannya.

Iklan

Menurut Budi, pelaku ditahan di Purbalingga beberapa jam selepas jasadnya dijumpai.

"Siasatan awal mendapati GR mengajak mangsa ke rumahnya. EH bagaimanapun menangis ketakutan hingga pelaku menekup mulutnya dan melemaskannya di dalam bekas berisi air hingga mangsa lemah.

Iklan

"Setelah menodai kanak-kanak itu, pelaku membungkus jasadnya dalam plastik dan dimasukkan dalam karung.

"Perbuatan itu dilakukan kerana dorongan nafsu kerana ketagihan pornografi," ujarnya lagi. - Agensi