Keputusan STAM diumum 5 Februari ini

Iklan
KPM memaklumkan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 akan dikeluarkan pada 5 Februari ini.

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan dikeluarkan pada 5 Februari ini (Khamis).

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, seramai 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2025 di 135 pusat peperiksaan seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

"Bagi calon persendirian, calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

KPM berkata, pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Sementara itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my bagi mendapatkan slip keputusan mulai jam 10 pagi (Khamis) hingga 6 petang pada 11 Februari ini.

Iklan

"Semakan boleh dibuat secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 dengan menaip STAM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada Khamis sehingga 6 petang pada 11 Februari 2026 (Rabu)," katanya.

KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon peperiksaan STAM Tahun 2025.

"Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan STAM Tahun 2025. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan," katanya lagi.