ISTANBUL - Israel mengumumkan pada Jumaat bahawa ia akan membuka semula sempadan Rafah di Gaza dengan Mesir bagi kedua-dua arah bermula Ahad ini, yang membolehkan pergerakan terhad orang awam selepas dua tahun ditutup.
Anadolu Ajansi melaporkan tentera Israel berkata langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang terkepung.