Gunung Semeru meletus tiga kali, muntahkan abu sejauh 1km

Iklan
Gunung Semeru memuntahkan awan mengandungi abu setinggi kira-kira 700 meter dari puncaknya - Foto: Agensi

JAKARTA - Gunung Semeru yang terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang, Wilayah Jawa Timur meletus sekali lagi pada pagi Jumaat, dengan memuntahkan awan yang mengandungi abu sehingga satu kilometer (km) dari puncaknya.

Seorang petugas di Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Sigit Rian berkata gunung berapi itu meletus sebanyak tiga kali. Letusan pertama berlaku pada jam 4.44 pagi waktu tempatan, menghamburkan kepulan abu volkano panas setinggi kira-kira 800 meter dari puncak.

Iklan
Iklan

"Awan mengandungi abu berwarna putih hingga kelabu dengan intensiti tebal, bergerak ke arah timur laut dan timur,” katanya seperti dilaporkan Agensi Berita ANTARA pada Jumaat.

Sigit berkata, letusan kedua berlaku pada jam 5.16 pagi, diikuti letusan ketiga pada 5.52 pagi dengan awan mengandungi abu mencecah kira-kira 1,000 meter dari puncak.

Iklan
Iklan

Aktiviti terbaharu itu menyusul selepas letusan pada Khamis, apabila Gunung Semeru memuntahkan awan mengandungi abu setinggi kira-kira 700 meter dari puncaknya. - Bernama