Negara berpotensi jimat sehingga RM1 bilion
Iklan
Minyak masak peket bersubsidi yang sepatutnya menjadi hak rakyat marhaen. Gambar kecil: Zaharuddin (kiri) dan Ahmed Razman.
SHAH ALAM - Negara berpotensi menjimatkan sekitar RM500 juta hingga RM1 bilion setahun apabila larangan penjualan minyak masak peket bersubsidi kepada warga asing dikuatkuasakan secara menyeluruh serta disusuli penguatkuasaan yang berkesan.
Pakar ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Sirajuddin (UNISIRAJ), Profesor Adjung Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, anggaran tersebut dikira berdasarkan perbelanjaan subsidi minyak masak yang mencecah sekitar RM1.7 hingga RM1.95 bilion setahun ketika ini.