Pemuda Pas Pahang jangan 'gelojoh' buat kenyataan

Iklan
Mustaqim

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menempelak Pemuda Pas negeri itu yang menyasarkan kritikan semberono terhadap projek di bawah seliaan kerajaan negeri terutamanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan (KIA).

Ketua Penerangannya, Mustaqim Zakaria berkata, sayap pembangkang itu perlu lebih berhemah, bertanggungjawab dan cermat daripada terus bersikap gelojoh dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakannya sedemikian hanya akan mewujudkan tidak keharmonian dalam kalangan rakyat dan juga menyebabkan persepsi buruk terhadap kerajaan Pahang.

"Lebih-lebih lagi apabila membuat tuduhan status semasa projek KIA membawa implikasi negatif terhadap kewangan dan pembangunan ekonomi negeri.

Iklan

"Lebih elok ambil masa untuk semak prestasi kewangan kerajaan negeri daripada terus mencipta persepsi jahat terhadap kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar sebelum ini yang menuntut kerajaan negeri menjelaskan status sebenar projek KIA di Gebeng selepas ia dikatakan gagal disiapkan.

Iklan

Mengulas lanjut, Mustaqim berkata, Pemuda Pas perlu merujuk kepada agensi berkaitan bagi mengelakkan sebarang manipulasi dan salah fakta sebelum mengeluarkan kenyataan.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa menekankan kepentingan akauntabiliti dalam setiap pelaksanaan projek di Pahang.

"Kami di pihak Pemuda UMNO Pahang sentiasa meletakkan kepercayaan penuh terhadap kepimpinan Wan Rosdy.

"Rekod pencapaian dan prestasi telah membuktikan segalanya, maka tiada apa yang perlu diragukan lagi," tegas beliau.