Strategi tekanan dan rancangan agresif Trump ke atas Iran

Iklan
Armada terdiri daripada 10 kapal perang kini berada di perairan Asia Barat.

DUBAI – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sedang mempertimbangkan beberapa 'pilihan' terhadap Iran ketika banyak pihak mula berteka-teki tentang rancangan sebenar beliau selepas mengerahkan armada kapal perang ke perairan Asia Barat.

Sumber rapat di Washington mendedahkan pemimpin Republikan itu mahu mencipta alasan untuk 'pertukaran pemerintah' selepas gelombang protes melanda Teheran pada awal Januari.

Iklan
Iklan

"Bagi merealisasikan matlamat agresif itu, beliau merancang untuk menyerang komander dan institusi yang didakwa bertanggungjawab menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan dengan tujuan untuk menghidupkan semula siri demonstrasi dan memberi tekanan kepada pemerintah.

"Pilihan lain termasuk serangan berskala besar ke atas sistem peluru berpandu dan program nuklear Iran. Tetapi, belum ada keputusan muktamad dibuat," jelas sumber tersebut.

Iklan

Beberapa laporan risikan AS turut mencapai kesimpulan sama iaitu Trump sebenarnya cuba mengubah kepimpinan teokratik di Teheran.

Sumber Barat pula percaya matlamat sebenar Presiden ke-47 AS itu adalah untuk menjadikan Iran seperti Venezuela yang mana campur tangan Washington hanya menyingkirkan Presiden tanpa perubahan menyeluruh dalam kerajaan. - Agensi

Iklan