Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
Iklan
Dr Dzulkefly bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Unit Bergerak Saringan Kesihatan Jantung di Kompleks RHB Bangi. Foto: Bernama
BANGI - Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi yang tiba di Malaysia, khususnya India dan Bangladesh sebagai langkah awal memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam mencegah penularan virus Nipah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu dilaksanakan di semua pintu masuk antarabangsa negara, dengan sistem pengimbas suhu badan sentiasa diaktifkan bagi mengesan sebarang petunjuk awal seperti demam dalam kalangan pengembara.
Iklan
Iklan
"Kami beri tumpuan kepada pelancong yang datang, khususnya dari India dan Bangladesh, yang (dari negara) lain pun kami tak ambil ringan dan mustahaknya saringan bersasar itu telah kami mulakan.
"Tiada laluan khas untuk mereka, andainya ada indikator untuk demam dan sebagainya, kemudian kami akan panggil mereka. Kami berjaga-jaga tapi saringan masih dijalankan di pintu masuk,” katanya selepas Majlis Pelancaran Unit Bergerak Saringan Kesihatan Jantung RHB-IJN di sini pada Khamis.
Iklan
Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB (RHB) Datuk Mohd Rashid Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib.
Dzulkefly berkata, pendekatan itu selaras dengan amalan kebanyakan negara ketika ini, dengan langkah saringan disesuaikan berdasarkan penilaian risiko semasa.
Iklan
Beliau berkata, KKM sentiasa berhubung rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan langkah-langkah kawalan yang diambil adalah bersesuaian dan selari dengan perkembangan terkini di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Dzulkefly ketika mengulas mengenai Unit Bergerak RHB-IJN berkata, inisiatif itu adalah kerjasama antara RHB dan IJN yang bertujuan memberi perkhidmatan saringan awal penyakit jantung kepada masyarakat.
Beliau berkata melalui kolaborasi itu, RHB membekalkan unit penggerak utama Volvo baharu yang lebih berkuasa dan selamat manakala IJN pula menyediakan unit saringan yang dilengkapi peralatan diagnostik jantung yang canggih.
"Apabila kedua-dua elemen ini disatukan, ia menjadi Unit Bergerak RHB-IJN yang membawa teknologi klinikal yang canggih terus ke pintu rumah rakyat. Kemudahan elektrokardiogram (ECG) dan ekokardiografi (ECHO) kini boleh diakses secara percuma oleh masyarakat luar bandar yang mungkin sukar untuk ke hospital pakar,” katanya.
Beliau berkata, di bawah kerjasama strategik bagi tempoh tiga tahun, inisiatif itu akan menyaksikan Unit Bergerak RHB-IJN akan beroperasi di sekurang-kurangnya 12 lokasi setahun di seluruh negara dan menyasarkan impak manfaat kepada lebih 4,000 orang. - Bernama
Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menambah baik model pemilihan bakal jemaah haji supaya lebih bersasar termasuk mengambil kira faktor kemampuan kewangan, umur dan tahap kesediaan jemaah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, perkara itu masih dalam penelitian memandangkan pelbagai aspek perlu dipertimbangkan, antaranya kos menunaikan ibadah haji serta jumlah kuota ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766016/berita/nasional/kerajaan-kaji-penambahbaikan-model-pemilihan-bakal-jemaah-haji
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.