KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd Razali Alias dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.30 pagi Khamis, bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah.
Mohd Razali yang memakai kot kelihatan tenang ketika diiringi beberapa individu antaranya peguam dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Iklan
Iklan
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Mohd Razali didakwa di hadapan Hakim, Suzana Hussin, sementara seorang lagi tertuduh di hadapan Hakim Rosli Ahmad, kedua-duanya pada jam 9 pagi.
Pada 22 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar Datuk akan didakwa aas pertuduhan rasuah, minggu ini.
Katanya, kertas siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan maklum balas berkaitan pertuduhan akan diperoleh dalam masa terdekat.