SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan tampil menjelaskan jawapannya di Parlimen berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada Selasa.
Beliau juga dengan rendah hati mengajak orang ramai bersama-sama memberikan penekanan terhadap keperluan bertabayyun bagi mendapatkan maklumat yang betul dan merujuk kepada sumber yang sahih dengan konteks yang tepat dan menyeluruh.
Iklan
Iklan
"Saya menjemput semua termasuk ahli-ahli Parlimen dan seluruh anggota masyarakat untuk merujuk dan meneliti dengan jujur jawapan penuh bertulis beliau berhubung isu itu di https://www.parlimen.gov.my/jawapan-lisan-dr.html?uweb=dr.
"Saya menegaskan bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak normalisasi LGBT kerana bercanggah dengan agama, moral dan nilai masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, Zulkifli dikritik banyak pihak susulan jawapannya di Parlimen berkenaan tekanan kerja mungkin menjadi salah satu punca yang mendorong individu terlibat dengan komuniti berkenaan.
Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN–Rantau Panjang) yang meminta Perdana Menteri memberikan data dan statistik terkini mengenai trend berkaitan isu LGBT di Malaysia, termasuk pecahan peratusan dan kumpulan umur yang terlibat, serta komposisi etnik berdasarkan kajian nasional atau laporan agensi berkaitan, serta faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes LGBT di negara ini.
Tambah Zulkifli, bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara khususnya tidak memiliki atau mempunyai data dan statistik golongan LGBT di Malaysia.