Budak dua tahun meninggal dalam kereta: Suasana pilu selubungi Forensik Hospital Rembau

Iklan
Kelihatan dua wanita saling berpelukan.

REMBAU – Suasana pilu dan hiba menyelubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau pada Rabu sebaik ahli keluarga kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta ibunya selama sembilan jam tiba untuk menunggu proses bedah siasat.

Ada yang dilihat menangis dan saling berpelukan, cuba ditenangkan.

Iklan
Iklan

Difahamkan, proses bedah siasat bermula pada jam 2 petang, namun ahli keluarga dilihat sudah berada di hospital seawal jam 11.45 pagi.

Kelihatan dua wanita saling berpelukan.

Iklan

Sehingga jam 3 petang, proses bedah siasat masih berjalan.

Sebelum ini, media melaporkan ibu berusia 35 tahun dan bekerja di sebuah bank di Seremban itu hanya menyedari anaknya tertinggal di dalam kereta ketika mahu pulang ke rumah pada jam 5 petang.

Iklan

Mangsa dipercayai ditinggalkan sejak jam 8 pagi apabila ibunya terlupa untuk menghantarnya ke rumah pengasuh.

Ahli keluarga dilihat di Unit Perubatan Forensik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan ibu mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Polis turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222.