TAMPIN – [DIKEMAS KINI] Seorang penjawat awam ditahan polis selepas disyaki merakam gambar dari bawah kain seorang wanita di sebuah pasar raya di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 3.46 petang.
"Wanita berusia 34 tahun itu mendakwa telah diekori seorang lelaki sebelum dirakam dari bahagian bawah kain ketika sedang membeli barang.
“Bertindak atas maklumat dan siasatan, sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin berjaya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di kawasan Kampung Baru Tampin bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507A dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 507A/509 Kanun Keseksaan dan suspek telah direman tiga hari bermula pada Selasa sehingga 29 Januari ini.