Transformasi bersepadu 16 Sierra tingkat kualiti hidup

Iklan
Pandangan udara Sierra Fresco yang menjadi nadi komersial perbandaran 16 Sierra, Puchong Selatan

PUCHONG - IOI Properties Group Berhad (IOIPG) terus memperkukuh komitmennya dalam meningkatkan kualiti kehidupan penduduk menerusi pembangunan bersepadu 16 Sierra seluas 535 ekar di Puchong Selatan.

Perbandaran yang dirancang di atas tanah tinggi itu kini memasuki fasa transformasi baharu dengan pengenalan pelbagai inisiatif placemaking dan kemudahan gaya hidup yang menerima sambutan positif daripada penduduk serta komuniti Lembah Klang.

Iklan
Iklan

Antara tarikan utama ialah Tribe Glamping yang terletak di Amigo Clubhouse, menawarkan pengalaman glamping mewah di tengah bandar.

Kemudahan tersebut menyediakan akses kepada kolam renang, taman permainan, gimnasium, studio yoga, pawagam luar serta gelanggang sukan, sekali gus menjadikannya destinasi rekreasi sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan.

Iklan

Selain itu, Amigo Clubhouse turut memperkenalkan pengalaman Tiny House pertama di Malaysia hasil kerjasama dengan Big Tiny Pte Ltd dari Singapura.

Rumah mikro mesra alam berkenaan dibangunkan dengan penggunaan panel solar, sistem penuaian air hujan dan tandas kompos, sambil mengekalkan keselesaan moden untuk percutian luar yang lestari.

Iklan

Pandangan udara Sierra Fresco yang menjadi nadi komersial perbandaran 16 Sierra, Puchong Selatan

Perbandaran ini turut menampilkan 16 Sierra Lookout Point, sebuah lokasi atas bukit yang menawarkan pemandangan landskap sekeliling dan matahari terbenam, sekali gus menjadi ruang santai untuk komuniti setempat.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Pembangunan Hartanah Malaysia), Teh Chin Guan berkata, seiring pelancaran pembangunan berorientasikan transit (TOD) pertama perbandaran itu, COVO dengan 601 unit Pangsapuri Servis pada 2024, IOIPG kini melancarkan Burwood, merangkumi 102 unit Vila Taman 2 Tingkat yang dibangunkan di atas kawasan seluas 11.6 ekar.

"Dalam tempoh 16 tahun, 16 Sierra telah berkembang daripada kawasan pertanian kepada sebuah perbandaran kediaman yang pesat dengan anggaran populasi sekitar 12,000 penduduk.

"Menjelang 2027, perbandaran ini dijangka menerima tambahan kira-kira 2,500 penduduk susulan siapnya tiga projek utama dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Burwood menampilkan reka bentuk kediaman pelbagai generasi dengan ciri seperti taman peribadi, siling setinggi 12 kaki, sistem rumah pintar, kemudahan tenaga solar serta pembangunan berpagar dan berpengawal.

Ketua Unit Perniagaan 16 Sierra, Kota Warisan dan Salak Tinggi, Calvin Sew berkata, Burwood mencatat kadar pengambilan melebihi 65 peratus sejak dilancarkan, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM208 juta.

"Ini menunjukkan permintaan pasaran yang memberangsangkan terhadap kediaman bertanah yang dirancang rapi di Puchong Selatan.

"Projek ini mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM208 juta dan sesuai untuk pembeli yang ingin menaik taraf kediaman dalam perbandaran yang mengutamakan kelestarian dan kebolehdiaman," katanya.

Nadi komersial perbandaran itu, Sierra Fresco, mengekalkan kadar penghunian sekitar 95 peratus dengan kehadiran penyewa seperti Village Grocer, The Coffee Bean & Tea Leaf, CU Mart dan Anytime Fitness.

Hab tersebut bakal diperkukuh dengan penyertaan jenama baharu termasuk Nak Nak (pandu lalu), Proton e.MAS, Mixue dan Inside Scoop.

Dari aspek ketersambungan, operasi Stesen MRT 16 Sierra sejak Mac 2023 menyokong pembangunan TOD, di samping perancangan laluan pejalan kaki berbumbung, laluan berjalan dan berbasikal sepanjang 3.9 kilometer serta perkhidmatan Rapid KL On-Demand.

Pada masa sama, IOIPG turut menekankan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melalui penyediaan ruang hijau seluas 60.5 ekar, penggunaan pencahayaan solar, kemudahan pengecas kenderaan elektrik (EV) serta inisiatif pertanian bandar pintar.

Secara keseluruhan, 16 Sierra dibangunkan sebagai perbandaran bersepadu berteraskan manusia yang mengimbangi kehijauan, kemudahan moden dan akses pengangkutan awam.

Terletak kira-kira lapan kilometer dari IOI City Mall dan dihubungkan dengan lebuh raya utama serta Laluan MRT Putrajaya, perbandaran ini menawarkan keseimbangan antara ketenangan dan kemudahan bandar.

-END-