[VIDEO] Setiausaha masjid terpalit isu tonton video lucah dalam masjid letak jawatan

Iklan

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menerima peletakan jawatan Setiausaha Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru yang terpalit kontroversi menonton video lucah di pejabat masjid berkenaan yang videonya tular minggu lepas.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid (JKTU) yang berlangsung pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mesyuarat tersebut memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan individu berkenaan selepas menerima surat peletakan jawatan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa agama.

Rahmad pada sidang akhbar pada Selasa.

Iklan

“Mesyuarat JKTU tadi telah membincangkan perkara ini dan kita mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan beliau selaku setiausaha masjid yang juga merupakan Pengerusi Surau Paya, pelantikan itu adalah di bawah JAIM.

“Sementara tindakan terhadap Imam 3 masjid sama, Muhammad Adhan Adnan yang merakamkan video berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan kerana pelantikannya dibuat oleh jawatankuasa masjid dan elaunnya juga dibayar oleh pihak berkenaan.

Iklan

“Pelantikan beliau bukan melalui JKTU JAIM, sebaliknya melalui jawatankuasa masjid. Jadi sama ada jawatankuasa masjid mahu menerima atau menolak peletakan jawatan beliau, itu adalah keputusan mereka,” katanya pada sidang akhbar di bangunan MAIM pada Selasa.

Rabu lalu, tular di media sosial rakaman memaparkan perbuatan tidak senonoh itu yang dirakam oleh Muhammad Adhan ketika beliau berada di masjid berkenaan bagi menjadi saksi upacara akad nikah.

Muhammad Adhan bagaimanapun menegaskan, tujuan rakaman dibuat bukan untuk tatapan umum, sebaliknya sebagai rujukan kepada pihak pengurusan masjid dan JAIM bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Muhammad Adhan kemudian menghantar surat perletakan jawatan bertarikh 21 Januari 2026 yang keputusan itu dibuat selepas akur dengan arahan pengerusi masjid susulan isu salah laku yang sedang berlaku membabitkan setiausaha masjid.

Mengulas lanjut, Rahmad memaklumkan pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai individu yang menyebarkan video tersebut kepada umum.

Rahmad berkata, (JAIM) menerima peletakan jawatan Setiausaha Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru yang terpalit kontroversi menonton video lucah di pejabat masjid berkenaan yang videonya tular minggu lepas.

Katanya, terdapat laporan polis dibuat oleh imam berkenaan dan perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut sekiranya wujud unsur jenayah.

Beliau berharap orang ramai menghentikan sentimen berlebihan terhadap isu ini kerana keputusan telah diambil dan mahu isu tersebut diredakan demi kemaslahatan umat Islam.

“Saya juga berharap semua jawatankuasa masjid, pegawai syarak serta pemimpin agama agar sentiasa menjaga adab, akhlak dan kehormatan agama Islam.

“Perbuatan sedemikian bukan sahaja tidak wajar dilakukan di kawasan masjid, malah tidak dibenarkan di mana-mana tempat, apatah lagi di rumah ibadah,” katanya.

Mengulas mengenai usia setiausaha masjid yang melebihi had 65 tahun, beliau berkata perkara itu bukan satu masalah sekiranya mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan.

“Walaupun umur dah melebihi 60 tahun namun sebenarnya umur tersebut merupakan umur orang besara.

“Jadi ramai jawatankuasa punya di kalangan umur-umur yang orang besara dan itu bukan satu isu,” katanya.